Seekor kucing tanpa bulu yang kini buta kedua-dua mata akibat jangkitan virus herpes beberapa tahun lalu, kini mempunyai lebih daripada 85 ribu pengikut di Instagram @jazzy.purs.

Kucing jantan yang dinamakan Jasper itu diperlihara oleh pemiliknya, Kelli semasa ia berusia dua tahun di Maine, Amerika Syarikat.
Advertisement
Walaubagaimana pun, akibat dijangkiti virus herpes, matanya kerap berair sehingga membuatkan Jasper menghidap ulser kornea.

Mata kanan Jasper terpaksa dibuang pada November 2013 bagi menyelamatkan nyawanya, sebelum masalah yang sama dihidapi Jasper pada mata kirinya.
Sehingga itu, Jasper terpaksa hidup tanpa kedua-dua bebola matanya.
“Pada April 2019, Jasper menerima ujian baharu apabila diserang strok dan dilihat sukar untuk sembuh,” kata Kelli kepada portal Today.com.

Jasper dianggap sebagai kucing istimewa meskipun ia tidak mempunyai penglihatan yang sempurna seperti kucing-kucing lain.
Sumber: Instagram / Today.com