Skip to main content

Advertisement

Hiburan

3,500 Manusia Sanggup Kumpul Demi Perhimpunan Smurf Walau COVID-19 Tular

Kira-kira 3,500 orang hadir dengan wajah dan tubuh yang dicat biru demi mencipta satu rekod dunia dalam perhimpunan Smurf di Landerneau, Perancis baru-baru ini.

3,500 manusia sanggup kumpul demi perhimpunan smurf walau covid-19 tular

3,500 manusia sanggup kumpul demi perhimpunan smurf walau covid-19 tular

Advertisement

Meskipun wabak COVID-19 masih menghantui dunia ketika ini, mereka langsung tidak menghiraukan bahayanya wabak terbabit, malah berbangga kerana berjaya mencipta rekod dunia dalam himpunan Smurf paling ramai di dunia.

3,500 manusia sanggup kumpul demi perhimpunan smurf walau covid-19 tular

Rekod perhimpunan Smurf terbesar sebelum ini pernah dicipta di Lauchringen, Jerman, melibatkan 2,762 orang pada Februari 2019. Namun kini ia berjaya dipecahkan oleh Perancis pada hujung minggu lalu.

Kerajaan Perancis juga telah memberikan arahan untuk tidak berhimpun bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19, selepas sahaja tamat acara himpunan Smurf terbabit.

Untuk rekod, setakat 19 Mac sudah 9,134 kes positif COVID-19 dicatatkan di Perancis, dengan 264 kematian dan 602 kes pulih.

3,500 manusia sanggup kumpul demi perhimpunan smurf walau covid-19 tular

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.

Sumber: NP

ERA Muzik Hit Terkini