Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kumpulan ‘Raver’ Asyik Menari Terkejut Diserbu Polis, Beri Alasan Tak Tahu Kewujudan COVID-19

Sekumpulan pengunjung sebuah parti di Basingstoke, UK terkejut apabila kediaman mereka diserbu polis baru-baru ini.

kumpulan ‘raver’ asyik menari terkejut diserbu polis, beri alasan tak tahu kewujudan covid-19

Menurut pasukan polis, ketika serbuan kumpulan itu sedang asyik menari ‘raver’ dan tidak menjaga jarak sosial.

Advertisement

Mereka juga memberikan alasan tidak pernah menonton berita dan tidak tahu akan kewujudan wabak COVID-19 yang sedang merebak ketika ini.

Ia membuatkan pasukan polis Hamspire Constabulary bagaikan hilang kata-kata dengan jawapan yang diberikan kumpulan berkenaan yang tidak tahu mengenai COVID-19. Namun, kesemua individu yang ditahan telah diberikan saman atas kesalahan itu.

kumpulan ‘raver’ asyik menari terkejut diserbu polis, beri alasan tak tahu kewujudan covid-19

Ketika ini, UK mencatatkan sehingga 3,433,494 kes jangkitan dengan 89 ribu kes kematian setakat ini. Ia merupakan negara kelima kes tertinggi jangkitan selepas Amerika Syarikat, India, Brazil dan Rusia.

UK juga sedang membuat kawalan ketat dalam negara, termasuk menghalang sebarang penganjuran parti bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini