
Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan kunci kereta dipercayai milik Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ketika melakukan pencarian bahan bukti di Sungai Trolak Kampung Batu 4, Slim River.
Advertisement
Seramai lima penyelam unit tersebut melakukan pencarian pada radius 300 meter dari jambatan berkenaan.
Salah seorang penyelam daripada unit berkenaan telah menjumpai kunci terbabit kira-kira pukul 11.20 pagi pada jarak 50 meter daripada jambatan kecil di sungai berkenaan yang dipercayai menjadi lokasi suspek membuang barangan milik mangsa.
Difahamkan bahawa antara barangan milik Nur Farah Kartini yang dicari pada hari ini termasuklah kelengkapan solat, beg duit dan pengecas telefon bimbit.
Sumber: Bernama