Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kenapa Orang Ada Asma Tak Boleh Main Dengan Kupu-Kupu?

Individu yang mempunyai penyakit asma dikatakan sangat sensitif kepada serangga seperti kupu-kupu. Biar betul ni?

kenapa orang ada asma tak boleh main dengan kupu-kupu?

Menurut pakar, banyak faktor yang menyebabkan penyakit asma menjadi teruk, salah satunya adalah alahan daripada kupu-kupu.

Advertisement

Mereka yang menghidap asma, mempunyai masalah sistem pernafasan yang sangat sensitif, dimana ia boleh menyeabkan alahan serangan asma berlaku.

Menurut kajian ‘Jornal de Pediatria Respiratory Allergy To Moth: The Importance Of Sensitization To Bombyz Mori In Children With Asthma And Rhinitis’, hama yang disebarkan daripada sayap kupu-kupu boleh menyebabkan asma dan rinitis berlaku.

kenapa orang ada asma tak boleh main dengan kupu-kupu?

Bukan itu sahaja, hama daripada sayap kupu-kupu boleh menyebabkan keradangan dan juga kegatalan pada kulit apabila menyentuh kupu-kupu tersebut.

Ini disokong oleh kajian yang diterbitkan dalam  jurnal bertajuk ‘A Review On Respiratory Allergy Caused By Insects’ dimana kupu-kupu boleh menyebabkan berlakunya masalah alahan dalam sistem pernafasan manusia.

Jika anda atau ahli keluarga anda menunjukkan tanda-tanda serangan asma atau lain-lain kesan daripada kupu-kupu, segera beredar dari tempat kupu-kupu tersebut dan dapatkan rawatan daripada doktor dengan kadar segera.

kenapa orang ada asma tak boleh main dengan kupu-kupu?

Sumber: Wanista

ERA Muzik Hit Terkini