Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lama Tak Balik Kampus, Pelajar Terkejut Kura-Kura Peliharaan Tinggal Rangka

Ekoran daripada pendemik COVID-19, ramai pelajar terpaksa menjalani pembelajaran secara atas talian dan meninggalkan kampus masing-masing untuk tempoh yang agak lama.

Disebabkan itu, seekor kura-kura peliharaan yang dibela pelajar di Wuhan ini hanya tinggal rangka selepas lapan bulan ia ditinggalkan tanpa penjaga.

Advertisement

lama tak balik kampus, pelajar terkejut kura-kura peliharaan tinggal rangka

Menurut pemiliknya, Lin Buxiu, 22, beliau kembali ke kampung halaman sejak 12 Januari lalu sebelum terperangkap di kampung akibat COVID-19. Sepanjang tempoh perintah berkurung dikuatkuasa, beliau telah meninggalkan kura-kura peliharaanya itu di kampus.

Menerusi video yang tular di TikTok, Lin meluahkan rasa terkejut dan bersedih dengan nasib yang menimpa kura-kuranya itu.

lama tak balik kampus, pelajar terkejut kura-kura peliharaan tinggal rangka

Sumber: Mothership

ERA Muzik Hit Terkini