Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Universiti Ini Tawarkan Kursus Dating Hanya Untuk Pelajarnya

Buat pertama kali dalam sejarah pendidikan, satu jurusan yang menawarkan pelajar subjek bercinta atau ‘dating’ kepada pelajar. Universiti Tianjin, China adalah universiti pertama yang mewujudkan kursus tersebut. 

universiti ini tawarkan kursus dating hanya untuk pelajarnya

Subjek elektif yang diberi nama Theory in Love and Dating itu akan ditawarkan kepada pelajar yang akan memulakan sesi mereka pada awal 2016. Pelajar yang berjaya menjumpai pasangan pada akhir tahun akan diberi markah penuh oleh pensyarah.

Kurus pelik ini akan diajar dalam bentuk teori dan kemahiran praktikal termasuk latihan etika sosial serta kelas ‘dating’. Pelajar dijangka dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang cinta dengan melibatkan diri dalam perbincangan dan menghadiri acara sosial. 

Advertisement

universiti ini tawarkan kursus dating hanya untuk pelajarnya

Penyelia kursus tersebut, Cong Ying berkata, “Jika kursus yang diambil itu membuatkan pelajar mempelajari cara sebenar bercinta dan mencari teman lelaki atau teman wanita, serta membentuk hubungan yang baik, mereka boleh mendapatkan markah penuh.”

Sumber: Mail Online

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini