Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ladang Kelapa Sawit Dipercayai Lokasi Nur Farah Kartini Dibunuh - Polis

ladang kelapa sawit dipercayai lokasi nur farah kartini dibunuh - polis

 

Advertisement

Polis percaya lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dibunuh adalah di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan siasatan polis mendapati suspek dan mangsa mengenali antara satu sama lain.

"Kami percaya bahawa lokasi ini merupakan tempat kejadian yang dilakukan oleh suspek berseorangan.

"Motif dalam siasatan lagi dan tidak boleh bagi satu keputusan yang terlalu awal, namun kita percaya kes pembunuhan berlaku di sini maksudnya sini ialah 'primary scene'," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tambah beliau, operasi pencarian bahan bukti di lokasi hari ini telah menemukan sebuah telefon bimbit yang dipercayai milik kepada arwah di dalam kawasan parit berkenaan.

Operasi akan diteruskan di satu lagi lokasi di kawasan Perak yang jaraknya kira-kira 20 minit dari lokasi ini tersebut.

 

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini