Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tak Sempat Masuk Wad, Wanita Lahirkan Anak Dekat Parkir Kereta

Seorang wanita dirakam melahirkan bayi di kawasan parkir kereta kerana tidak sempat untuk ke pusat perubatan du Florida, Amerika Syarikat.

tak sempat masuk wad, wanita lahirkan anak dekat parkir kereta

Susan Anderson, menerusi rakaman CCTV pusat perubatan itu dilihat sedang berdiri sambil dibantu suaminya, Joseph Andersrn dan seorang wanita lain, lapor Daily Mail.

Advertisement

"Semasa menaiki kereta ke pusat perubatan, saya berkata kepada suami, saya bersedia hendak bersalin. Saya percaya tidak sempat untuk masuk ke dalam pusat perubatan.

"Pada saat kaki melangkah, kepala bayi hampir keluar, saya terus fokus dan memilih untuk membengkokkan lutut, manakala suami memegang erat tangan. Bidan pun bersedia menyambut bayi saya," katanya sambil memberitahu yang proses kelahiran itu berjalan dengan baik.

Video berdurasi 1 minit itu juga menunjukkan Susan memeluk anaknya sebaik sahaja selamat bersalin dan mereka memasuki pusat perubatan itu.

tak sempat masuk wad, wanita lahirkan anak dekat parkir kereta

Kekecohan juga didengari dua anggota polis yang terkejut dengan apa yang telah berlaku.

Sumber: Sinar Harian / Daily Mail

ERA Muzik Hit Terkini