Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kawasan Masjid India Dan Sekitarnya Laksana PKPD Mulai Hari Ini

Kawasan Masjid India dan sekitarnya kini menjadi lokasi kelima yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai hari ini, sehingga 28 April 2020.

kawasan masjid india dan sekitarnya laksana pkpd mulai hari ini

Memetik kenyataan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia ekoran daripada peningkatan kes positif COVID-19 dikawasan terbabit.

Advertisement

Antara kawasan sekitar Masjid India yang terlibat adalah melibatkan Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Melaka dan Jalan Ampang di sekitar Masjid India.

Semua penghuni dikawasan berkenaan diminta bertenang dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM, selain mematuhi arahan pihak berkuasa.

Untuk rekod, kawasan Masjid India menjadi lokasi kelima pelaksanaan PKPD selepas Hulu Langat, Simpang Renggam, Menara City One, Bangunan Selangir Mansion dan Bangunan Malayan Mansion.

Dalam pada itu juga, tempoh PKPD untuk Hulu Langat telah ditamatkan hari ini, namun ia tidak termasuk dua kawasan yang dikenal pasti iaitu Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah, serta sebuah rumah di Batu 23, Kampung Paya Lebar, Sungai Lui.

Tempoh PKPD yang lain akan berterusan sehingga 28 April ini ekoran peningkatan kes positif di kalangan penduduk di kawasan berkenaan.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini