Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nak Lamar Kekasih Guna 100 Lilin Tapi Akhirnya Rumah Pula Terbakar

Seorang lelaki berhadapan dengan kerugian selepas rumahnya dijilat api. Menurut Bomba South Yorkshire, kejadian itu berpunca daripada lilin yang digunakan lelaki itu untuk melamar kekasihnya.

nak lamar kekasih guna 100 lilin tapi akhirnya rumah pula terbakar

Kejadian tersebut berlaku di flat Sheffield, England. Lelaki yang dikenali sebagai Albert Ndrew,26, itu telah menghiaskan rumahnya dengan belon dan 100 batang lilin sebagai hiasan untuk melamar kekasihnya.

Advertisement

nak lamar kekasih guna 100 lilin tapi akhirnya rumah pula terbakar

Ketika dia menjemput teman wanitanya di luar rumah, api mula menjilat kawasan dalam rumahnya. Apabila dia kembali ke flat-nya, hampir keseluruhan dalam rumah tersebut telah hangus terbakar.

nak lamar kekasih guna 100 lilin tapi akhirnya rumah pula terbakar

Nasib baiklah lamarannya diterima. Pihak bomba juga mengesahkan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang berlaku.

Jadi, pengajarannya di sini make sure korang nak buat benda tu biarlah jangan berbahaya. Kalau nak melibatkan api, pastikan semuanya berada dalam keadaan terkawal dan teratur.

Sumber: Mail Online

ERA Muzik Hit Terkini