Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Negara Di Britain Bakal Alami Lambakan Anak Kucing Gara-Gara Lockdown

Britain bakal mengalami 'krisis anak kucing' dengan lebih 84,000 anak kucing dijangka akan dilahirkan tidak lama lagi.

negara di britain bakal alami lambakan anak kucing gara-gara lockdown

Ini adalah gara-gara perintah berkurung yang dilakukan bagi membendung penularan wabak COVID-19 sejak awal tahun ini yang memaksa klinik-klinik haiwan ditutup.

Advertisement

Ramai pemilik kucing tidak dapat melakukan proses pengkasian atau pemandulan haiwan perliharaan mereka, menyebabkan bilangan kucing dijangka bertambah menjelang musim panas tahun ini.

Seorang lelaki dari Horrow mendakwa terdapat sebuah rumah tinggal yang kini mempunyai 17 ekor kucing selepas seekor kucing betina dalam rumah itu hamil dan tidak sempat menjalani pengkasian gara-gara perintah lockdown.

negara di britain bakal alami lambakan anak kucing gara-gara lockdown

Kesemua kucing itu dibawa ke pusat penjagaan haiwan (RSPCA)  untuk dibela dan dijaga.

Sejak perlaksaan perintah berkurung di negara berkenaan, RSPCA telah menyelamatkan lebih daripada 600 ekor kucing yang ditinggalkan pemilik mereka. Ada antara kucing itu yang sudahpun melahirkan anak dan ada yang kini sedang hamil.

Bagi mengelakkan lambakan anak kucing ini daripada terus berlaku, organisasi berkenaan menyeru agar pemilik yang belum mengkasi kucing mereka agar dapat mengasingkan kucing jantan dengan kucing betina sehinggalah klinik haiwan dapat beroperasi semula kelak.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini