Luluh hati seorang pemilik kereta mewah Lamborghini yang remuk di lebuh raya hanya selepas 20 minit kenderaan itu keluar daripada pengedar.

Lamborghini jenis Hurucan Performante bernilai RM1.14 juta terlibat dalam kemalangan selepas dirempuh sebuah van semasa berhenti di lorong ketiga M1 berdekatan Leeds, Yorkshire di United Kingdom kira-kira jam 1 tengah hari.
Advertisement

Jurucakap polis mendakwa pemandu van itu hanya cedera ringan dikepala akibat rempuhan itu.
"Itu hanya sebuah kereta! Tetapi Lamborghini yang baru berusia 20 minit yang berhenti kerana masalah mekanikal di lorong tiga, dirempuh dari belakang (oleh sebuah kenderaan).", kata polis trafik West Yorkshire, Richard Whitely yang memuatnaik gambar kereta itu di Twitter.

Akibat daripada kemalangan itu, berlaku kesesakan jalan raya namun ia berjaya dalihkan jam 2.15 petang.
Sumber: Daily Star