Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Landasan Kapal Terbang Dipenuhi Jongkong Emas

landasan kapal terbang dipenuhi jongkong emas

Kredit gambar utama: AFP 

Advertisement

Landasan kapal terbang di sebuah lapangan terbang di Yakutsk, Siberia dilitupi jongkong emas selepas pintu pesawat kargo jenis Antonov yang membawa jongkong emas terbuka. 

Ketika kejadian pesawat itu baru sahaja berlepas selepas mengisi minyak di lapangan terbang di situ apabila pintunya terbuka dan hampir 200 jongkong emas dari lombong Kupol bertaburan di atas landasan. 

"Ketika ia semakin tinggi, pintu kargo rosak disebabkan pergerakan kargo dan sebahagiannya bertaburan di atas landasan," menurut Jawatankuasa Siasatan Russia dalam kenyataan di Telegram.

Polis terpaksa menutup kawasan itu untuk mengelakkan penduduk di situ mengambil jongkong emas tersebut. 

"Kira-kira 172 jongkong seberat 3.4 tan ditemui. Cuma sebahagian yang jatuh daripada kira-kira sembilan tan yang ada dalam pesawat," kata Kementerian Dalam Negeri kepada agensi berita TASS. 

Sumber: BH Online 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini