Kebiasaannya apabila berlaku pelanggaran atau kemalangan, individu terbabit akan berbincang bagi mendapatkan penyelesaian. Bagaimana pula jika ia berlaku tanpa disedari oleh pemilik kenderaan terbabit?
Memetik video yang dikongsikan oleh halaman Facebook All Singaporean Stuff, seorang pemandu telah melanggar kereta secara tidak sengaja semasa mengundurkan kenderaannya dikawasan parkir.
Advertisement


Sedar akan kesalahan yang dilakukannya, individu terbabit bertindak memohon maaf dengan menconteng badan kereta terbabit menggunakan marker pen.


"Sorry, I bang your car when reversing", tulisnya pada badan kereta berkenaan, dengan harapan permohonan maaf sedemikian mampu meredakan keadaan.
Video yang tular dilaman sosial negara jiran ini telah mendapat kecaman ramai yang rata-ratanya menuntut agar pelaku yang tidak bertanggungjawab tersebut membayar ganti rugi dan perlu menjelaskan mengapa melakukan perkara sedemikian.
Sumber: Facebook All Singaporean Stuff