Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Langgar Pelajar: Tarikh Pendengaran Jaminan Mohd Nazri Ditetapkan 5 September

langgar pelajar: tarikh pendengaran jaminan mohd nazri ditetapkan 5 september

Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan 5 September depan sebagai tarikh pendengaran permohonan jaminan terhadap pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak yang berdepan pertuduhan membunuh pelajar lelaki Tingkatan Lima tahun lalu.

Advertisement

Tarikh itu ditetapkan dalam pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet di sini pada Khamis.

Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz memberitahu, pihak pendakwaan memerlukan masa untuk meneliti hujahan daripada pihak pembelaan dan memohon satu tarikh baharu ditetapkan bagi pendengaran permohonan tersebut.

Selain Afzainizam, pihak pendakwaan turut diwakili Nasrul Hadi Abdul Ghani dan Low Qin Hui, manakala tertuduh diwakili Peguam, Jacky Loi Yap Loong, Lim Chi Chau, Lim Jin Wen, Cindy Wong dan M Kuhan.

Hadir sama, Peguam pemerhati yang dilantik keluarga mangsa, Amira Najwafitri Amir Arif.

Di luar mahkamah, Jacky Loi memberitahu pemberita, pihaknya telah memohon kepada mahkamah agar satu tarikh awal ditetapkan bagi pendengaran tersebut sebagai keadilan kepada tertuduh.

Pada 14 Mei lalu, Mohd Nazri, 45, membuat pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17.

 

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini