Satu rakaman aneh kejadian di langit bandaraya Beijing, China menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Video yang dirakamkan sekitar jam 3.45 petang, 21 Mei lalu menunjukkan langit di Beijing yang cerah, tiba-tiba bertukar menjadi gelap seakan-akan malam.
Advertisement

"Sekarang jam 3.45pm. Tiba-tiba gelap di Beijing. Sedangkan 10 minit lalu langit cerah dan sekarang jadi begini", kata jurnalis BBC, Edward Lawrence.
It’s 3.45 in Beijing and ALL OF A SUDDEN IT’S GONE DARK. 10 mins ago, it was light. Now it’s as dark as night #beijing #china pic.twitter.com/rCCKCa2cJ3
— Edward Lawrence (@EP_Lawrence) May 21, 2020
Fenomena aneh itu dipercayai berlaku disebabkan pembentukan awan tebal yang membawa kepada hujan lebat dan juga ribut yang melanda Beijing.
— 💕John 14:6 💕Yahuah&Yahusha (@yahushatheway) May 21, 2020
Edward juga berkongsi keadaan hujan lebat selepas 10 ke 15 minit kota Beijing 'bergelap' di siang hari.

Forgot to post but 10-15 mins later is became light again after some heavy rain. Very weird. pic.twitter.com/tr2tB6YHLV
— Edward Lawrence (@EP_Lawrence) May 21, 2020
Keadaan ini juga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet yang mendakwa fenomena aneh ini adalah hampir sama dengan keadaan langit yang bertukar merah jambu di New York awal tahun ini.
Sumber: Daily Star