Pernahkah anda berada atas lantai kaca pada satu ketinggian di atas udara?
Pengunjung di menara The Willis, Chicago baru-baru ini telah dikejutkan dengan insiden dimana lantai kaca pada ketinggian 103 tiba-tiba retak.
Advertisement

Salah seorang saksi kejadian, Jesus Pintado berkata, ketika kejadian terdapat seorang wanita dan dua kanak-kanak yang kelihatan pucat dan ketakutan.
“Ada seorang wanita dengan dua kanak-kanak. Sewaktu lantai kaca retak, mereka kelihatan pucat dan ketakutan,” ujarnya.
Menurut jurucakap menara itu, ia hanyalah lapisan luar yang meliputi kaca itu sahaja yang retak, bukannya lantai dalam.