Seorang remaja terharu apabila lapan rakannya menghadiahkan kunci pendua rumah mereka sekiranya dia memerlukan bahu untuk bersandar bagi melepaskan rasa kesedihan selepas dia kehilangan ibu tersayang.

Olivia Mahone, 18, telah kehilangan ibu akibat penyakit kanser. Sejak dari itu, beliau telah diberikan hadiah kunci pendua rumah rakan-rakannya bagi mengisi kesunyian.
Advertisement
Olivia meluahkan rasa terkejut dan terharu apabila membuka kotak hadiah yang diberikan oleh semua sahabatnya itu.

Kesemua lapan sahabatnya, Izzy, Emylia, Anna, Charlotte, Mia, Bella, Maya dan Morgan juga telah menulis satu kad ucapan sebagai memberi semangat kepada Olivia dan memberitahu bahawa pintu rumah mereka sentiasa terbuka untuknya.
Ibu Olivia telah meninggal dunia ketika usianya 46 tahun pada Jun lalu akibat kanser Uterine Sarcoma tahap empat.
Sumber: Metro