Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Segera Lapor Jika Anda Penumpang Bas Dari Seremban Ke Sungai Petani Ini

Pelbagai usaha telah diambil bagi membendung penularan wabak COVID-19 dinegara ini. Antaranya adalah mengesan kesemua kontak rapat pesakit positif wabak berkenaan.

Terbaru menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua penumpang bas ekspress Jasmine, dengan plat pendaftaran PLQ9689 yang bertolak dari Terminal 1 Seremban ke Sungai Petani telah diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kulim.

Advertisement

segera lapor jika anda penumpang bas dari seremban ke sungai petani ini

Bas berkenaan telah bertolak pada Isnin, 16 Mac 2020 jam 8.30 malam telah melalui beberapa hentian iaitu Shah Alam, Ipoh, Kamunting, Bagan Serai, Parit Buntar, Nibong Tebal, Kulim, Butterworth dan akhirnya di Sungai Petani.

segera lapor jika anda penumpang bas dari seremban ke sungai petani ini

Mohon segera laporkan kepada Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kulim di talian 04 - 4949121 jika anda adalah penumpang bas berkenaan.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini