Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Komputer Riba Simpan Virus-Virus Paling Bahaya Dunia Ini Di Lelong RM5.4 Juta

Pemilik komputer mahupun komputer riba pasti tidak mahu peranti elektronik mereka terjejas dengan virus atau apa-apa perisian jahat yang boleh menggangu kerja.

Namun, sebuah komputer riba yang dipasang dengan perisian lapuk Windows XP ini memiliki virus-virus berbahaya di dunia seperti virus I LOVE YOU (2000), virus Sobig (2003), virus MyDoom (2004), virus DarkTequila (2013), virus BlackEnergy (2015) dan juga perisian peras ugus WannaCry (2017).

Advertisement

komputer riba simpan virus-virus paling bahaya dunia ini di lelong rm5.4 juta

Virus, malware dan perisian ini telah mengakibatkan kerugian bernilai AS$95 billion (RM398.6 billion) di seluruh dunia.

Komputer riba yang diberi nama The Persistence of Chaos dianggap sebagai simbol ancaman telah dilelong dengan harga lebih AS$1.3 juta atau bersamaan RM5.4 juta dalam satu acara lelong di New York.

Komputer ini juga tidak berbahaya selagi ia tidak dihidupkan, dan ia tidak boleh disambung kepada mana-mana rangkaian komputer, lagi-lagi Internet.

Sumber: NDTV Gadget

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini