Sebuah bandar berhampiran Tokyo, Jepun bakal mewujudkan undang-undang dimana melarang orang ramai daripada menggunakan telefon pintar ketika sedang berjalan.

Undang-undang ini adalah bagi memastikan tiada kemalangan berlaku ketika sedang berjalan kaki, khususnya di kawasan populasi tinggi.
Advertisement
Menurut seorang pegawai perbandaran Yamato, Masaaki Yasumi berkata, peraturan berkenaan akan menjadi larangan pertama seumpanya di Jepun, meskipun tiada sebarang hukuman atau denda dikenakan keatas mereka yang masih ingkar.

Peraturan itu juga akan disampaikan menerusi poster dan mesej bermula bulan hadapan.
Menurut kajian oleh NTT Docomo pada tahun 2014, jarak penglihatan seseorang akan berkurang sebanyak lima peratus jika melihat kearah skrin telefon ketika sedang berjalan kaki.
Malah ada juga kes dimana individu yang menggunakan telefon pintar sambil membawa basikal.
Sumber: Gulf News