Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Berasap’ Di Premis Makanan, DG Hisham Ingatkan Masyarakat Usah Lalai Larangan Merokok

Larangan merokok di premis makanan masih berkuatkuasa selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.

‘berasap’ di premis makanan, dg hisham ingatkan masyarakat usah lalai larangan merokok

Advertisement

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah beliau berpesan dan mengingatkan orang ramai akan larangan yang masih berkuatkuasa itu.

“Larangan merokok di premis makanan masih berkuatkuasa dan orang ramai dinasihatkan patuh kepada larangan tersebut,” tulisnya di ciapan Twitter.

‘berasap’ di premis makanan, dg hisham ingatkan masyarakat usah lalai larangan merokok

Malah, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengarahkan pasukan penguatkuasa untuk menjalankan penguatkuasaan dan memantau individu yang melanggar peraturan itu.

“Semalam saya telah minta penguatkuasaan terhadap larangan merokok ini ditingkatkan lagi. Sambil memantau pematuhan SOP pandemik, boleh denda perokok yang langgar larangan tersebut,” katanya.

Penguatkuasaan penuh Peraturan 11(1)(d) PPKHT 2004 pindaan 2018 iaitu larangan merokok di semua premis makanan termasuk premis makanan terbuka yang bermula pada 1 November 2020.

Sumber: Bernama
 

ERA Muzik Hit Terkini