Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lebih 3 Ribu Kenderaan Cuba Rentas Negeri Nak Balik Kampung Diarah Patah Balik

Sebanyak 3,212 kenderaan dilaporkan cuba merentas negeri semalam dengan alasan ingin pulang ke kampung untuk berhari raya.

polis dan tentera akan buat pemeriksaan dari rumah ke rumah semasa aidilfitri

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua kenderaan terbabit telah diarahka berpatah balik kerana tidak mempunyai permit dan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Advertisement

Dalam 7,537 pemeriksaan diseluruh negara, PDRM juga telah menahan 44 individu kerana melanggar SOP PKPB, dimana 40 orang direman dan empat diberi jaminan polis.

PDRM juga menjangkakan lebih banyak kenderaan akan cuba merentasi negeri menjelang perayaan Aidilfitri hari Ahad ini.

Sehubungan itu, PDRM mengingatkan orang ramai agar sentiasa patuh kepada SOP PKPB dan tidak sewenang-wenangnya merentasi negeri bagi menyambut perayaan Aidilfitri tahun ini. Jika didapati bersalah, individu berkenaan boleh ditahan dan dikenakan hukuman denda.

Sumber: Astro Radio News

ERA Muzik Hit Terkini