Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan penambahan kes wabak COVID-19 di Malaysia setakat 29 Mac 2020, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,470 kes.

Daripada 2,470 yang diuji positif ini, 388 kes telah sembuh, manakala 35 lagi dilaporkan maut.
Advertisement
Menurut KKM lagi, setakat ini jumlah individu yang telah menjalani ujian saringan adalah seramai 37,674 orang, dengan 26,991 daripadanya dilaporkan negatif.
Daripada jumlah itu 2,470 kes dilaporkan positif, dan 8,213 kes lagi masih menunggu keputusan masing-masing.

Dengan ini, 10 buah makmal telah ditambah termasuk makmal bergerak bagi mempercepatkan hasil ujian dan lebih ramai yang akan disaring ujian COVID-19.
Sumber: KKM