Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tak Mahu Hebohkan, Sebenarnya Lebih 500 Kakitangan Hospital Dijangkiti COVID-2019

Sekurang-kurangnya 500 kakitangan hospital di Wuhan, China, sah dijangkti COVID-2019.

tak mahu hebohkan, sebenarnya lebih 500 kakitangan hospital dijangkiti covid-2019

Bilangan itu meliputi kakitangan di Hospital Wuhan Xiehe dan Hospital Renmin dengan masing-masing 100 kes dan 50 kes di Hospital Wuhan Nombor 1 serta Hospital Zhongnan.

Advertisement

Sumber juga mengesahkan situasi ini juga menyebabkan hospital mengalami kekurangan jumlah pekerja, seterusnya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pekerja hospital.

tak mahu hebohkan, sebenarnya lebih 500 kakitangan hospital dijangkiti covid-2019

Tambah lagi, walaupun pihak berkuasa ada melaporkan kes jangkitan dalam kalangan kakitangan hospital, para doktor dan jururawat pernah diminta supaya tidak menghebahkan perkara tersebut kepada masyarakat umum.

"Larangan menguar-uarkan itu bagaimanapun tidak dijelaskan tapi pihak berkuasa sedang berusaha meningkatkan moral barisan hadapan kakitangan perubatan.

"Lebih-lebih lagi apabila Dr. Li Wenliang meninggal dunia akibat jangkitan virus tersebut seminggu selepas menerima amaran daripada pihak polis," katanya.

Kesesakan pusat kuarantin juga telah memburukkan lagi keadaan dan kakitangan hospital juga merayu sumbangan derma barangan keperluan perubatan seperti sut bahan bahaya (Hazmat).

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini