Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, setakat Mei 2020, seramai 826,000 orang tidak bekerja di Malaysia, berbanding 778,000 orang pada bulan sebelumnya.

Bagaimanapun, kadar peningkatan bilangan pengangguran pada Mei sebanyak 0.3 peratus ini adalah lebih rendah berbanding tempoh Mac hingga April (2.9%), berkemungkinan kesan daripada pelbagai pakej rangsangan oleh kerajaan serta kebenaran membuka semula operasi selepas ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Advertisement
source: tradingeconomics.com
Kadar pengangguran ini juga dijangka menurun dan akan menjadi lebih baik sehingga separuh tahun kedua 2020 dengan adanya pelbagai inisiatif daripada pihak kerajaan, yang memungkinkan pasaran buruh semakin pulih.
Pada Februari lalu, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan sekurangnya 100,000 rakyat Malaysia berisiko hilang pekerjaan jika wabak COVID-19 berterusan hingga akhir tahun ini.
Antara sektor yang terjejas akibat COVID-19 ini adalah seperti perhotelan dan penerbangan.
Sumber: Awani