Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK) dilaporkan mengalami keadaan trafik yang agak sesak berhampiran Terowong Genting Sempah menghala ke Kuantan.
Menerusi ciapan di laman Twitter @LPTTrafik, keadaan trafik di kawasan itu perlahan kira-kira 1.4 kilometer bermula di Kilometer 35.7 (KLK) sehingga ke terowong pada pukul 11.07 pagi tadi.
Advertisement

Malah, kesesakan trafik itu berlaku akibat kerja-kerja penyelenggaraan dan penutupan Terowong Genting Sempah arah Timur yang bermula pukul 8.30 pagi sehingga pukul 5 petang hari ini.
Pengguna disarankan untuk menggunakan laluan lorong arah barat menggunakan laluan kontra sepanjang kerja-kerja penyelenggaraan itu masih dilakukan.
Pengguna jalan raya dinasihatkan merancang untuk pulang sebaiknya dan mengikuti keadaan trafik terkini di laman media sosial dan aplikasi PLUS.
11.07am KL-Karak @E8: Trafik perlahan 1.4KM dari Km 35.7 hingga Terowong arah Kuantan berikutan kerja-kerja penyelenggaraan dilokasi. Hati-hati memandu.@LLMinfotrafik https://t.co/rYS4COcUt4
— GMBK-KARAK-KTN-JABOR (@LPTTrafik) October 13, 2021