Ketika berusia 17 tahun, Zhao Xingfu tidak menyangka ketulan kecil dibelakang lehernya akan membesar sehingga 15kg seperti ini.

Lelaki yang kini berusia 64 tahun, tinggal di Panzhou City, selatan China, menghidap lipoma dan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk merawat penyakit tersebut.
Advertisement


Anak lelakinya yang cuba mendapatkan bantuan daripada Guizhou Tumour Hospital, menerusi Doktor Dong, cuba untuk mengeluarkan tumor tersebut dengan menjalankan beberapa pembedahan.

Dr Dong bersama 2 lagi pakar bedah mengambil masa kira-kira 10 jam untuk membuang tumor tersebut dan berjaya mengeluarkan 95% dari bahagian tumor itu.
Xingfu kini rasa lebih selesa dan beliau akui agak kekok dan pelik kerana tiada lagi ‘beban’ dibelakangnya.

Sumber: Kohajone
