Selepas tertekan dengan prestasi kereta yang asyik-asyik rosak, seorang lelaki dari Moscow nekad membakar kereta miliknya jenis Mercedes-AME G63.

Kereta yang dibeli dengan harga 13 juta rubel (kira-kira RM696,000) itu pada Disember lalu sering sahaja rosak meskipun baru digunakan pada jarak 15,000 kilometer.
Advertisement


Lelaki yang juga seorang vlogger juga telah merakam tindakannya membakar kereta mewah berkenaan menerusi laman YouTube miliknya.
Menurut lelaki yang bernama Litvin, beliau terlebih dahulu telah merujuk keretanya kepada pengedar kerana sering rosak, namun pengedar enggan bertanggungjawab atas kerosakkan itu, hingga memaksanya menghantar kereta kepada bengkel rakan.
Tambah lagi, selepas merasa bosan terpaksa mengeluarkan wang untuk membaiki dengan kos mahal bagi sebuah kereta mewah baharu, Litvin memutuskan untuk memusnahkan Mercedes-AMG G63 itu dengan harapan akan menarik perhatian ramai.

Selepas ia rentung dalam kebakaran, Litvin pulang ke rumah dengan menaiki kereta lama.

Sumber: MSN Auto