Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kejam! Individu Bakar Mercun Dalam Dubur Kucing Diburu Polis

Sejumlah lelaki bertindak kejam apabila didakwa membakar mercun dengan memasukkannya ke dalam dubur seekor kucing di Sumbawa, Indonesia.

kejam! individu bakar mercun dalam dubur kucing diburu polis

Video berdurasi 16 saat tular di media sosial dan ia jelas menunjukkan lelaki tersebut memasukkan dan membakar mercun di dalam dubur seekor kucing sehingga menyebabkan kucing itu mengalami kesakitan.

Advertisement

Menurut jurucakap polis Sumbawa, Ivan Roland Cristofel, pihak polis akan memburu dan melakukan siasatan terhadap kes itu.

“Kami sudah memeriksa beberapa akaun Facebook dan dalam video tersebut, sejumlah lelaki di dapati sengaja memasukkan mercun ke dalam dubur kucing dan membakarnya.

“Video itu juga mendapat perhatian pelbagai pihak dengan kebanyakannya menggesa supaya semua pelaku ditangkap kerana bertindak zalim terhadap haiwan,” katanya.

Setakat ini, polis sudah mengenal pasti alamat semua pelaku dan akan melakukan penahanan segera.

Rata-rata warganet kesal dengan tindakan sejumlah lelaki tersebut dan mentertawakan perbuatan keji itu selepas melakukannya.

Sumber: Kompas
 

ERA Muzik Hit Terkini