Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Bantah Perintah Berkurung AS Kini Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Seorang lelaki yang juga penunjuk perasaan yang menentang perintah berkurung di Amerika Syarikat (AS), kini dilaporkan meninggal dunia akibat terkena jangkitan COVID-19.

lelaki bantah perintah berkurung as kini meninggal dunia akibat covid-19

John McDaniel, 60, dari Marion County di Ohio, mengembuskan nafas terakhir di hospital di Columbus selepas disahkan terkena jangkitan itu dua minggu lalu.

Advertisement

Beberapa minggu sebelum itu, McDaniel didakwa mengkritik Gabenor Ohio, Mike DeWine kerana melaksanakan perintah berkurung di wilayah itu sambil mendakwa virus COVID-19 ini adalah satu muslihat politik.

"Jika apa yang saya dengar DeWine mengarahkan semua bar dan restoren di tutup, saya kata semua itu mengarut!

"Dia tiada kuasa untuk bertindak demikian. Jika anda paranoid untuk jatuh sakit jangan keluar rumah," tulisnya.

lelaki bantah perintah berkurung as kini meninggal dunia akibat covid-19

Meskipun akaun Facebook beliau telah dipadam, namun screenshot hantaran beliau terus tersebar di Internet.

lelaki bantah perintah berkurung as kini meninggal dunia akibat covid-19

McDaniel merupakan penduduk pertama dikawasan Marion County yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Dalam perkembangan lain, sekumpulan rakyat AS turut membantah arahan perintah berkurung kerana mahukan kehidupan mereka kembali normal, termasuk pergi melepak dan memotong rambut.

Sumber: Metro UK

ERA Muzik Hit Terkini