Rakyat di seluruh telah diperintahkan untuk terus berada dalam rumah sepanjang perintah kawalan pergerakan dan juga perintah berkurung akibat pandemik koronavirus (COVID-19). Namun masih ada rakyat yang ingkar dengan memberi alasan tertentu seperti mahu membawa haiwan peliharaan keluar berjalan-jalan.
Jika haiwan peliharaan itu adalah anjing atau kucing masih boleh diterima logik akal, namun seorang lelaki ini telah ditahan pihak berkuasa kerana membawa ikan dalam balang kaca keluar bersiar-siar.
Advertisement

Kejadian itu dilaporkan berlaku di wilayah Logrono, bahagian utara Sepanyol. Akibatnya, lelaki berkenaan telah dikenakan hukuman denda kerana melanggar undang-undang.
Lain pula ceritanya dengan lelaki di Garda Sipil, Sepanyol ini apabila dirakamkan membawa ayam perliharaannya keluar rumah pada Mac lalu, meskipun arahan perintah berkurung telah berkuatkuasa.
#NoTieneGracia
— Guardia Civil 🇪🇸 (@guardiacivil) March 25, 2020
Guardias civiles de #Lanzarote denuncian a una persona por incumplir las medidas de limitación de circulación impuestas en por el estado de alarma paseando una gallina#EsteVirusLoParamosUnidos pic.twitter.com/kZ7vGuTKE5
Macam-macam hal!
Sumber: Detik News