
Sumber: Harian Metro
Advertisement
Pekerja di sebuah stesen bas di Duyun, China terkejut apabila melihat mesin pengimbas terdapat dua tangan dalam beg salah seorang penumpang. Lelaki berusia 50 tahun tersebut terpaksa ditahan untuk siasatan kerana menyangka dia terbabit dalam kes pembunuhan.
Bagaimanapun, lelaki tersebut menjelaskan ianya milik abangnya yang tangannya dipotong selepas terkena renjatan elektrik. Jadi, adat di kampungnya memerlukan mayata ditanam dengan anggota badan yang lengkap. Jadi dia membawa tangan abangnya itu untuk diawet sebelum ditanam.
Selepas pihak polis mengesahkan kejadian tersebut dengan pihak hospital, dia dibebaskan. Namun dia terpaksa mencari cara lain untuk membawa tangan abangnya walaupun dia mempunyai permit. Ia demi keselamatan dan kebersihan penumpang.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
