Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dua Tahun Bercinta Dengan Hantu, Lelaki Ini Bimbang Dicurangi

Seorang lelaki dari New Jersey, Amerika Syarikat meluahkan rasa bimbang jika dia dicurangi oleh pasangannya yang merupakan hantu.

dua tahun bercinta dengan hantu, lelaki ini bimbang dicurangi

Gary De Noia berkata, hubungan mereka bermasalah sejak perlaksaan perintah berkurung yang telah dikuatkuasakan hampir dua bulan lalu.

Advertisement

Tambahnya lagi, pada awal hubungannya bersama hantu yang bernama Lisa ini cukup bahagia dan hantu wanita itu juga banyak memberi kebahagiaan serta membantunya menguruskan kerja-kerja rumah.

dua tahun bercinta dengan hantu, lelaki ini bimbang dicurangi

Namun begitu, Gary mulai rasa bimbang apabila Lisa melanggar perintah berkurung dan keluar bertemu lelaki atau hantu lain.

"Sepanjang bulan ini dia sentiasa keluar. Tak pernah maklumkan dia ke mana. Dia kata keluar dengan kawan.

"Dia mungkin ada dengan sesiapa sahaja. Saya curiga dengan hubungan kami. Saya risau dia curang, tapi dia kata jangan paranoid,", ujar lelaki itu kepada pemberita.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini