Seorang lelaki dari Bahia, Brazil nekad menikahi dirinya sendiri selepas kecewa putus tunang sebelum ini.

Advertisement
Pengumuman yang dibuat oleh Dr Diogo Rabelo itu nyata telah mengejutkan banyak pihak, seperti yang dilaporkan oleh India Times.
Rabelo nekad untuk menjaga dirinya sendiri melalui perkahwinan itu, sambil dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat.

Perkahwinan impiannya yang diadakan ditepi pantai itu sepatutnya dilangsungkan bersama tunangnya, Vitor Bueno pada November tahun lalu. Namun, hubungan mereka tidak bertahan, membuatkan lelaki berkenaan meneruskan perkahwinan bersama dirinya sendiri.
Keputusan untuk mengahwini diri sendiri juga mendapat sokongan keluarga dan rakan-rakan.


Kata Rabelo, beliau menikahi diri sendiri kerana mahu membuktikan sekiranya tidak dicintai, maka seseorang itu perlu mencintai diri sendiri.
Malah katanya, disayangi seseorang juga bukanlah ukuran kebahagiaan dalam hidup.
Sumber: India Times