Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suami Panjat Menara Pencawang Lepas Bosan Dengar Isteri Membebel

Seorang lelaki yang juga suami di Uttar Pradesh, India, nekad memanjat puncak menara pencawang telekomunikasi selepas bosan mendengar isterinya membebel.

suami panjat menara pencawang lepas bosan dengar isteri membebel

Beliau yang juga sudah bosan sering bertengkar dengan isterinya berbuat demikian bagi menyejukkan hatinya yang panas gara-gara pertengkaran itu.

Advertisement

Malah, lelaki itu juga enggan turun apabila diminta orang ramai yang berada disitu.

Insiden berkenaan turut mendapat perhatian pihak berkuasa yang memintanya untuk turun selepas dipujuk berkali-kali.

"Saya muak dengan isteri saya. Dia cuba mengenakan saya dengan pelbagai tuduhan palsu. Malangnya polis pun enggan mendengar penjelasan saya.

"Saya rasa mahu memutuskan hubungan ini," kata Tejpal memetik laporan berita tempatan.

Menurut laporan, ini adalah perkahwinan kedua lelaki berkenaan dan pasangan itu sudahpun banyak kali bertengkar mengenai beberapa isu.

Sumber: BW Businessworld

ERA Muzik Hit Terkini