Seorang lelaki yang juga pelari tidak menjadikan alasan duduk rumah sebagai satu alasan untuk tidak bersenam.
Sam Hustler, 27, telah berjaya melengkapkan larian 21km dengan hanya berlari di koridor rumahnya sebanyak 7,000 kali.
Advertisement

Beliau sepatutnya menyertai London Landmarks Half Marathon, namun disebabkan pandemik COVID-19 ini, beliau terpaksa membatalkan hasratnya buat seketika.
Sam bersama kekasihnya telah menggunakan koridor rumah yang mempunyai ukuran kira-kira 3 meter bagi melengkapkan larian Half Marathon yang berakhir selepas tiga jam.
"Saya telah melakukan banyak latihan dan saya mahu terus melakukannya.
"Saya melihat video seorang lelaki di Itali yang berlari maraton penuh di balkoninya, saya fikir saya dapat melakukan setengah maraton pada saya.
"Saya berlari sejauh 2km pada hari Selasa dan saya fikir ia membosankan, tetapi saya boleh melakukannya.", katanya.
Sumber: Yahoo! News