
Sumber: Siakapkeli & The News Minute
Advertisement
Sebelum ni korang mesti pernah dengar cerita mengenai seorang lelaki yang Dashrath Manjh yang korek bukit selama 22 tahun selepas isterinya meninggal dunia kerana lambat ke hospital. Ini juga kisah benar di mana seorang lelaki yang cacat mengorek bukit selama 3 tahun untuk buat jalan.
Hasil daripada penat lelah Sasi, dia dan beberapa orang di kampungnya boleh melalui jalan tersebut untuk berhubung dengan dunia luar. Sasi bekerja sebagai pemanjat pokok kelapa sejak usianya 15 tahun hinggalah tragedi menimpanya 18 tahun yang lalu.
"Saya sangat pandai memanjat pokok, tapi hari tu, entah bagaimana saya tergelincir. Sebelah badan saya lumpuh. Kaki dan tangan saya patah. Saya habiskan masa berbulan-bulan terlantar dan tak mampu bergerak," cerita Sasi.

"Bertahun-tahun lamanya baru saya boleh berdiri. Tapi saya masih mahu berjalan. Jadi, saya belajar perlahan-lahan."
Jadi, beberapa tahun lalu Sasi dapat idea untuk membeli motor bagi menyara keluarganya. Bagaimanapun ketika dia ke pejabat ketua kampung untuk minta bantuan, mereka mentertawakannya dan bertanya bagaimana dia nak bawa skuter ke sini.
Akhirnya pada 2013, Sasi mengorek sendiri jalan untuk menghubungkan kampungnya ke kawasan luar.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
