Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pengantin Perempuan Kahwin Seorang Diri Sebab Pengantin Lelaki Cabut Lari

Seorang pengantin perempuan terpaksa menebalkan muka dan meminta maaf dihadapan lebih 170 meja penuh dengan tetamu kerana pasangannya telah melarikan diri dan ingin membatalkan perkahwinan.

pengantin perempuan kahwin seorang diri sebab pengantin lelaki cabut lari

Kejadian yang berlaku di Ratchaburi, Thailand itu mengejutkan tetamu yang hadir walaupun pengantin perempuan dilihat lengkap berpakaian pengantin diatas pelamin.

Advertisement

Dipetik daripada Bastillepost, seminggu sebelum perkahwinan mereka, pengantin perempuan telah menjumpai gambar pasangannya itu bersama perempuan lain, namun si lelaki tetap ingin meneruskan perkahwinan.

Namun 2 hari sebelum perkahwinan, si lelaki telah menghantar mesej kepada pengantin perempuan dengan menyatakan bahawa beliau tidak mampu untuk meneruskan perkahwinan mereka disebabkan masalah kewangan.

pengantin perempuan kahwin seorang diri sebab pengantin lelaki cabut lari

Disebabkan keluarga perempuan telah menjemput orang ramai, majlis perkahwinan itu diteruskan tanpa adanya pengantin lelaki.

Sumber: Bastillepost

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini