Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Cipta Hon Khas Untuk Pejalan Kaki, Siap Dengan Stering

Jika anda pernah mengalami situasi bila mana orang menghalang laluan anda ketika sedang berjalan kaki, mungkin alat ini amat sesuai untuk anda.

lelaki cipta hon khas untuk pejalan kaki, siap dengan stering

Seorang lelaki di Amerika Syarikat telah mencipta hon bagi pejalan kaki untuk memastikan perjalannya lancar.

Advertisement

Yosef Lerner mendapat ilham untuk mecipta alat tersebut selepas berdepan kesesakan luar biasa ketika sedang berjalan kaki disekitar bandar New York.

lelaki cipta hon khas untuk pejalan kaki, siap dengan stering

Hon yang didatangkan bersama stering itu lengkap dengan tali sandang bagi memudahkan ia dibawa kemana-mana.

Pada mulanya Yosef mahu menjual gajet tersebut sekitar AS$699 (RM2,906), namun membatalkan hasrat itu kerana tidak mahu pencemaran bunyi bertambah.

ERA Muzik Hit Terkini