Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Cabar Diri Berjaya Cipta Rekod Dunia Imbang 735 Butir Telur Guna Topi

Seorang lelaki dari Benin, Afrika mempamerkan bakat luar biasa kepada dunia apabila berjaya membawa 735 butir telur di atas topi.

Gregory Da Silva berjaya mengimbangi kesemua 735 butir telur yang disusun dan diletakkan di atas topi di atas kepalanya.

Advertisement

lelaki cabar diri berjaya cipta rekod dunia imbang 735 butir telur guna topi

Menerusi hantaran di laman Instagram, Guinness World Records (GWR) memaparkan aksi lelaki berkenaan sehingga tular di seluruh dunia.

“Gregory menghabiskan tiga hari memasukkan telur ke dalam topinya untuk mencipta rekod keseimbangan bagi rancangan GWR Khas di China,” tulisnya diruangan kapsyen.

Malah, Gregory juga mendapat gelaran ‘Eggman’ dan menjadi ikon serta hero kepada penduduk setempat yang berani menunjukkan bakat terpendamnya kepada dunia.

Dia juga pernah mengembara ke seluruh dunia untuk memperlihatkan bakat mengimbangi telur kepada orang ramai selain muncul dalam pelbagai rancangan televisyen.

Sumber: India.com
 

ERA Muzik Hit Terkini