Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Positif COVID-19 Tergamak Gigit Jururawat Sebab Tak Mahu Buat Ujian Darah

Seorang lelaki yang berasal dari Nigeria dan positif COVID-19 bertindak diluar kawalan apabila tergamak memukul dan mencederakan seorang jururawat di People's Hospital, Guangzhou, China ketika mendapatkan rawatan COVID-19.

Dikenali sebagai Okonkwonwoye Chika Patrick, beliau dilaporkan enggan memberikan kerjasama ketika melakukan ujian darah oleh jururawat bertugas.

Advertisement

lelaki positif covid-19 tergamak gigit jururawat sebab tak mahu buat ujian darah

Justeru, lelaki itu terus keluar daripada wad isolasi, namun ditahan oleh jururawat tersebut sebelum lelaki ini bertindak agresit dengan memukul dan menggigit bahagian muka jururawat malang itu.

Akibat daripada insiden itu, jururawat berkenaan mengalami kecederaan pada muka, leher dan pinggang. Paling merisaukan adalah mangsa mungkib berisiko untuk dijangkiti COVID-19 juga.

lelaki positif covid-19 tergamak gigit jururawat sebab tak mahu buat ujian darah

Oleh itu, suspek telah ditahan dan akan didakwa di bawah Undang-Undang Pencegahan dan Rawatan Penyakit Berjangkit, Undang-Undang Jenayah dan Undang-Undang Pentadbiran Keluar dan Masuk selepas proses rawatan COVID-19 selesai.

Sumber : WOB

ERA Muzik Hit Terkini