Cubaan seorang lelaki warganegara Myanmar membawa masuk daging tikus kering ke negara ini gagal selepas beliau ditahan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang, malam semalam.

Menurut Pengarah Maqis Pulau Pinang, penangkapan lelaki berusia lingkungan 30-an ini adalah dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Advertisement
Hasil pemeriksaan mendapati, lelaki tersebut telah membawa 780 gram daging tikus kering tanpa sebarang dokumen permit import dan sijil kesihatan dari negara pengeksport.

Tujuan sijil kesihatan veterinar ini juga bagi memastikan barangan itu bebas penyakit dan virus.
Dalam kes berasingan, pihaknya juga berjaya merampas buah mangga harumanis yang dibawa masuk dari Thailand seberat 59.8 kilogram, bernilai RM2,565.68.
Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit sah daripada Maqis menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].
Jika sabit kesalahan boleh didenda di bawah Seksyen 11(3) iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Sinar Harian