Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Guna Cara ‘Rapunzel’ Cuba Lari Dari Bilik Kuarantin, Ikat Cadar Di Tingkat 5

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Perth, Australia nekad untuk melarikan diri melalui tingkap bilik hotel di tingkat lima di mana sedang dikuarantin.

lelaki guna cara ‘rapunzel’ cuba lari dari bilik kuarantin, ikat cadar di tingkat 5

Advertisement

Suspek, Travis Jay Myles telah didakwa selepas cuba melepaskan diri dengan mengikat cadar katil untuk dijadikan tali sebelum memanjat keluar melalui tingkap.

Dikhabarkan, Myles tiba di Australia Barat menerusi penerbangan dari Brisbane pada Isnin, namun tidak membawa Pas G2G yang diperlukan.

lelaki guna cara ‘rapunzel’ cuba lari dari bilik kuarantin, ikat cadar di tingkat 5

Permohonannya semasa tiba di Lapangan Terbang Perth ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang diperlukan.

Akibat ditolak, lelaki berkenaan dibawa ke sebuah hotel untuk dikuarantin sebelum penerbangan pulang ke Queensland.

Namun, polis berjaya menahan Myles selepas lapan jam melarikan diri dari bilik hotelnya.

Sumber: The Guardian
 

ERA Muzik Hit Terkini