Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Teman Wanita Tak Angkat Telefon, Lelaki Cuba Terjun Pangsapuri - “Lebih 4 Jam Kita Cuba Pujuk Lelaki Berkenaan”

Seorang lelaki dipercayai cuba membunuh diri di tingkat 18 sebuah pangsapuri di Seksyen U2 akhirnya berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor pada Selasa.

Berusia 27 tahun, tindakan lelaki itu dipercayai berpunca daripada panggilan telefonnya tidak dijawab oleh teman wanita.

Advertisement

teman wanita tak angkat telefon, lelaki cuba terjun pangsapuri - “lebih 4 jam kita cuba pujuk lelaki berkenaan”

Menurut Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis memaklumkan pasukannya lantas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.35 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun berada di bumbung tingkat 18 pangsapuri berkenaan dan dipercayai cuba membunuh diri.

“Pasukan bomba kemudian bertindak memasang air cushion seterusnya memujuk mangsa untuk turun dengan bantuan adik serta bekas isteri lelaki itu.

“Bomba mengambil masa empat jam untuk memujuk sebelum lelaki itu bersetuju untuk turun dari bumbung berkenaan,” katanya.

teman wanita tak angkat telefon, lelaki cuba terjun pangsapuri - “lebih 4 jam kita cuba pujuk lelaki berkenaan”

Tambahnya, percubaan tersebut bukan pertama kali tetapi lelaki itu dipercayai pernah cuba melakukan perkara yang sama di Pulau Pinang akibat masalah keluarga selepas bercerai pada tahun lalu.

Sumber: Harian Metro
 

ERA Muzik Hit Terkini