Seorang penduduk di Patna, India, telah siap menggali kuburnya sendiri dan tidak sabar untuk menunggu kematian.

Manzoor Hassan telah mengeluarkan belanja 25,000 Rupee (kira-kira RM1,468) untuk menggali kubur konkrit bersebelahan kubur ibunya.
Advertisement
“Tugas saya sudah selesai. Kini, saya hanya menunggu untuk kembali kepada ALLAH,” kata lelaki berusia 70 tahun itu. Menurutnya lagi, tujuan dia berbuat sedemikian adalah kerana mahu berada ‘dekat’ dengan ibunya apabila sudah meninggal dunia kelak.
Beliau juga merupakan seorang petani yang cukup dikenali penduduk setempat atas kerja kebajikan yang dilakukannya termasuk membina sekolah pondok, masjid dan juga sekolah.
Sumber: Gulf News