Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Digelar ‘Tarzan’ Meninggal Dunia Akibat Diserang Kanser

Seorang lelaki ‘Tarzan Vietnam’ yang tular setelah tinggal di dalam hutan lebih 40 tahun akhirnya meninggal dunia akibat menghidap sakit kanser.

Ho Van Lang disahkan meninggal dunia di rumahnya pada jam 6 pagi waktu tempatan pada 6 September lalu selepas berperang melawan penyakit kanser.

Advertisement

lelaki digelar ‘tarzan’ meninggal dunia akibat diserang kanser

‘Tarzan’ berusia 52 tahun itu mengalami kesakitan yang teruk pada bahagian perutnya dan disahkan menghidap kanser hati selepas saudaranya membawa dirinya ke hospital.
Namun, kematian ‘Tarzan’ itu mendapat perhatian ramai kerana penyakit kanser yang dihidapinya merebak dengan pantas dan menyebabkannya gagal untuk melawan penyakit tersebut.

Kisah individu ini tular apabila ‘Tarzan’ itu tinggal di dalam hutan selepas bapanya, Ho Van Thanh seorang askar membawanya ke dalam hutan untuk elak daripada diserang bom tentera Amerika Syarikat (AS).

lelaki digelar ‘tarzan’ meninggal dunia akibat diserang kanser

Ia berlaku selepas kehilangan isteri dan dua anaknya dalam pengeboman yang dilakukan oleh AS semasa perang Vietnam pada awal tahun 1970an.

Mereka bertindak untuk tinggal di dalam hutan dengan membina pondok sebagai tempat perlindungan mereka berdua sehinggalah ditemui oleh warga tempatan pada tahun 2013.

Sumber: Sinar Harian
 

ERA Muzik Hit Terkini