Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Selama Tiga Tahun Diserang Gagak Sebab Ingat Dia Yang Bunuh Anaknya

Seorang lelaki dari India mengalami mimpi ngeri apabila diserang burung gagak sejak tiga tahun lalu.

selama tiga tahun diserang gagak sebab ingat dia yang bunuh anaknya

Menurut Times of India, lelaki yang dikenali sebagai Shiva Kewat berkata, beliau akan merasa takut setiap kali mahu keluar daripada rumah. Sebagai langkah berjaga-jaga, beliau akan membawa bersama kayu bagi melindungi diri ketika diserang.

Advertisement

selama tiga tahun diserang gagak sebab ingat dia yang bunuh anaknya

Menurutnya lagi, tiga tahun lalu beliau pernah cuba untuk menyelamatkan anak burung gagak yang tersangkut pada jaring, namun begitu anak burung itu mati ditangannya.

“Ia mati atas tangan saya. Kalau saya boleh terangkan pada mereka (gagak), saya hanya cuba membantu”, kata lelaki ini.

Sejak daripada itu, Shiva akan diserang oleh kumpulan burung gagak setiap kali beliau keluar daripada rumah.

ERA Muzik Hit Terkini