Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Degil Taknak Pakai Mask, Lelaki 63 Tahun Mati Ditembak Polis Filipina

Sebelum ini, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberitahu akan menembak mati mana-mana rakyatnya yang ingkar kepada arahan perintah berkurung susulan penularan wabak COVID-19.

presiden filipina ugut tembak rakyatnya yang degil perintah berkurung

Terbaru, seorang lelaki berusia 63 tahun maut selepas ditembak mati oleh polis Filipina kerana berdegil enggan memakai topeng muka dan melakukan provokasi kepada polis.

Advertisement

Ia sekaligus menjadi kes pertama orang awam Filipina yang ditembak oleh polis kerana melanggar peraturan yang ditetapkan oleh negara tersebut.

degil taknak pakai mask, lelaki 63 tahun mati ditembak polis filipina

Dikatakan warga emas itu mempersoalkan tindakan polis yang menahannya kerana tidak memakai topeng muka. Tambah lagi, laporan turut mendakwa lelaki tersebut sedang dalam keadaan mabuk dan tidak sedar mengugut pihak berkuasa sambil memegang sebilah pisau tajam.

Kejadian tersebut juga dilaporkan berlaku di bandar Nasipit, di Wilayah Agusan del Norte.

Sumber: DW

ERA Muzik Hit Terkini